Waktu menunjukkan 2.30 am. Mata aku masih belum penat memerhati keindahan malam, makhluk ciptaan Allah. Subhannallah, Maha Suci Allah, Tuhan pencipta dan pentadbir sekalian alam. Hanya itu yang mampu aku fikirkan di saat itu. Memerhati keindahan malam di dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Terengganu, memang menjadi kesukaan aku tambah-tambah lagi memerhati kesunyian hutan belantara yang dipancari sinaran bulan dan bintang. Betul cakap orang, tengok keindahan alam pun boleh menambah iman, bukan kena duduk masjid semata-mata. kalau ada rezeki, dapat tengok gajah. night safari free!.
Dalam perjalanan kali ini, 22 Januari 2012 mata aku sukar terlelap mungkin di sebab peristiwa yang berlaku sebelum aku menaiki bas, jam 9.30 malam, aku dimarahi oleh seorang pak cik di depan khalayak ramai kerana bagasi aku yang terlanggar kerusi tempat dia duduk sewaktu aku menarik bagasi. Mungkin salah aku juga kerana tergopoh gapah mahu ke kaunter tiket sehingga aku terlupa gopoh gapah itu dari syaitan.
Nak tahu ayat yang digunakan oleh pak cik itu sewaktu memarahi aku? Lebih kurang begini lah, " hang dah langgaq orang, hang mintak maaf la balik. KITA NI ORANG MELAYU! jangan sampai aku tampaq hang satgi kot!". Sumpah aku tak tipu, aku tergamam. Dalam keadaan tergamam itu, tergagap-gagap aku meminta maaf kepada pak cik itu. Tapi aku kira aku sudah memohan maaf kepada dia dengan menunduk sedikit sambil mengangkat tangan kepada dia. Mungkin dia tak perasan kot. tak pa, aku bersangka baik.
Namun, aku hairan kenapa teguran yang diberikan kepada aku sebegitu rupa oleh seorang yang berpangkat PAK CIK di dalam masyarakat melayu? Di TENGKING di depan khalayak ramai. Adakah ini ADAT MELAYU? Sungguh, aku hairan! Membuatkan otak aku ligat berfikir sehingga menyebabkan mata aku yang menjadi mangsa. Tak boleh tidoq! Aku tertanya-tanya, apakah caranya dalam menegur anak muda oleh orang tua dalam adat melayu? macam tu ke?aku rasa tak kot....
Apa yang aku hairankan juga, mengapa pak cik itu menggunakan ayat, " kita ni orang melayu" dalam memarahi aku? Apakah syariat Islam menyeru umatnya menegur dengan menengking-nengking? Di depan khalayak ramai?. Di manakah hikmahnya dalam menegur? Bagi aku pak cik tu saling tak tumpah seperti "ketam mengajar anak berjalan lurus!".
Dari cara pak cik itu memarahi aku, yang aku nampak, adatlah yang menjadi sandaran walaupun, itu bukan adat melayu yang sebenar. Dari peristiwa itu, aku terfikir, orang melayu begitu memegang pada adat. Ayat mudah, adat didahulukan syariat dibelakangkan atau ditinggalkan.
Sepanjang aku hidup, aku memerhati ramai orang melayu yang masih berpegang kukuh pada adat melayu. Ya, benar, adat tak semestinya salah. Namun, alangkah baiknya sekiranya adat itu berlandaskan syariat Islam. Islam adalah agama yang menerima adat. Tetapi kena ingat, Islam bukan adat. Tapi Islam adalah agama. Kalau Islam itu adat, suruhan-suruhan yang digariskan, buat tak apa, tak buat pun tak apa. Tak bolehlah macam tu.
Aku juga memerhati, adakalanya adat menyekat syariat. Sebagai contoh, dalam hal pernikahan. Dalam adat melayu, ada wang hantaran yang tak ada pun dalam syariat Islam. Dah la adat sahaja, tapi diletak sampai beribu-ribu dan ada yang berbelas dan berpuluh ribu! Merangkak si lelaki mahu cari duit semata-mata nak kahwin. Akhirnya, ramai anak-anak muda yang memilih untuk tidak berkahwin dan hidup bersama tanpa ikatan umpama teratai dalam air. Hanyut di bawa arus sungai. Tak habis lagi lelah mencari duit sebagai wang hantaran, diminta pula sediakan duit belanja kenduri. Kalau dari keluarga yang berada tak apa lah. Tapi kalau dari kalangan orang biasa-biasa sahaja, macam mana? Patutlah orang kita ramai pi bernikah kat Thailand! Selepas itu, kena kutuk! Salah siapa?.
Bukan berniat merendah-rendahkan adat Melayu. Tapi aku sedih melihat orang melayu, beragama Islam lebih mengagung-agungkan adat. Mahu ke surau berjemaah pun dikatakan adat melayu! apa cerita? Ini syariat lah, bukan adat! Ingat, apa-apa amalan berdasarkan niat. Sekiranya dilakukan semata-mata adat, maka adatlah yang tertegak. Syariat dipijak-pijak, macam mana nak dapat berkat? Kasihan orang melayu. Manalah melayu tak mudah lupa. Islam suruh kita makan makan yang berkhasiat untuk kecerdasan otak seperti anggur kering. Orang melayu tak habis-habis dengan kopi tongkat ali!.
Aku anak muda melayu yang memerhati dunia melayu. Aku berbangsa melayu. Tapi aku beragama Islam. Orang melayu kata " biar mati anak, jangan mati adat". Aku kata, "biar mati anak jangan mati syariat!". Nabi Ibrahim dulu sanggup mahu menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail kerana suruhan Allah. Akhirnya digantikan dengan haiwan. Lihat, inilah hikmahnya sekiranya kita percaya dan yakin pada syariat. Bukan adat!. Mahu saja aku bertanya pada mak cik-mak cik, pak cik-pak cik di luar sana, apa ada pada adat? Nanti nak masuk syurga Allah tanya " kamu bangsa apa?owh, melayu sila masuk syurga"?. Macam tu? " apa adat melayu yang sudah kamu tegakkan?" atau, " sila berikan 5 adat melayu yang utama". TAK ADA DER....
Adat ini indah. Jangan kita burukkan ia disebabkan kelemahan diri kita. Adat akan bertambah cantik dan indah sekiranya syariat menjadi panduan. Syariat didahulukan adat tidak ketinggalan! Tapi sekiranya adat tanpa syariat, umpama mayat mati berdiri. Akhir kalam, usah menyanjung adat disaat syariat kita abaikan. Jangan sampai kita terjerat dek adat sendiri.

No comments:
Post a Comment