Saturday, March 3, 2012

GORENG PISANG MAK LIMAH - “AKU KATA SEDAP, SEDAP LAH!”-BODOH SOMBONG.


Sedang aku berbaring-baring di atas katil bujang yang empuk di Hotel Greenleaf kat Kuantan Pahang, aku terfikirkan satu realiti kehidupan yang sedang aku perhatikan. Akan aku manifestasikan reality kehidupan ini di dalam kisah Mak Limah, penjual goreng pisang.

Ceritanya, begini. Di sebuah kampung yang bernama Kampung Parit Sebelah, tinggallah seorang mak cik yang senang dipanggil oleh orang kampung sebagai Mak Limah. Mak Limah ni, adalah seorang yang suka menegakkan apa yang dia rasa betul dan perlu ditegakkan. Inilah salah satu sifat murni yang ada dalam diri Mak Limah. Bagus kan? Untung siapa-siapa yang ikut sifat Mak Limah.

Satu hari, sedang Mak Limah ber”facebook” dengan cucu-cucunya, Mak Limah terlihat satu pautan yang berbunyi lebih kurang begini sekiranya dibaca, “ mahu ubah hidup anda? Sila klik di sini!”. Maka tanpa melengahkan masa walaupun sesaat, Mak Limah terus klik pautan tersebut.

Dalam pautan itu terpampanglah beberapa iklan yang menunjukkan cara bagaimana mahu mengubah hidup iaitu dengan cara menjual goreng pisang. Goreng pisang?? Biar betul?? Ya, itulah cara yang ditunjukkan dalam pautan tersebut. Dalam pautan tersebut juga menawarkan kursus untuk sesiapa yang berminat menjadi penjual goreng pisang. Kena daftar, isi boring bayar yuran.

Kerana termakan kata-kata “power” yang ada dalam pautan tersebut, maka Mak Limah merasakan inilah cara yang terbaik untuk mengubah hidup. Dia mahu berkongsi dengan orang kampung yang lain. Tapi, dia mestilah mengetahui serba sedikit cara menjual goreng pisang untuk meyakinkan orang kampung, kan? Maka dia pun isi boring bayar yuran untuk menyertai kursus menjual goreng pisang.

Dipendekkan cerita, Mak Limah pun tamat kursus menjual goreng pisang, dia pun membuka gerai secara kecil-kecilan terlebih dahulu untuk menjual goreng pisangnya. Dibuatnya Mak Limah berbagai-bagai promosi, tawaran, diskaun dan macam-macam lagi semata-mata untu menarik minat orang kampung dating membeli goreng pisangnya dan percaya bahawa menjual goreng pisang mampu mengubah hidup. Iklan di “facebook” tak payah cakap lah. Boleh kata hampir setiap setengah jam, di “post”nya satu status dan semuanya berkenaan goreng pisang dia dan juga kebaikan menjual goreng pisang. Ayat-ayat yang digunakan, perghhhh……meletup uolls!!. Manakan tidak, dah mahu menarik minat orang kampung kan? Kasi basuh kaw-kaw itu orang kampung punya otak. Untuk lebih menarik minat orang kampung lagi, Mak Limah menjadikan hari sabtu sebagai hari bertemu pelanggan yang mana pada hari tersebut, Mak Limah akan berucap seribu satu kebaikan menjual goreng pisang dan turut diadakan sesi perbincangan berkenaan goreng pisang. Hebatkan Mak Limah ni? Bakal usahawan wanita Berjaya! Oh ya, terlupa pula nak beritahu kepada pembaca budiman yang orang kampung Mak Limah ni, hamper keseluruhannya tak percaya bahawa menjual goreng pisang mampu mengubah hidup mereka dan mereka juga dah selesa dah dengan kehidupan mereka sekarang. Tapi ada juga lah yang percaya dan mahu belajar dari Mak Limah ni. 

Disebabkan promosi yang begitu “voke!” maka orang kampung mula tertarik dengan goreng pisang Mak Limah. Pada hari jumaat minggu ketiga Mak Limah membuka gerai, datang lah Mak Cik Leha dengan beberapa orang kampung yang lain membeli goreng pisang di gerai Mak Limah. Mereka melihat ada beberapa kekurangan pada usaha Mak Limah ni dalam memperjuangkan goreng pisang. Namun ada juga yang berbangga dengan usaha Mak Limah dan mereka menyokong usaha Mak Limah walaupun dengan cara mereka sendiri seperti menyebarkan kepada orang kampung yang lain.

Maka sepertimana Mak Limah janjikan pada hari sabtu akan diadakan hari bertemu pelanggan. Mak cik leha bersama-sama orang kampung yang lain pun datang dengan niat untuk memberikan teguran, pandangan serta pendapat untuk kebaikan Mak Limah dalam perniagaan goreng pisangnya. Setelah tamat sesi ucapan, maka Mak Limah membuka ruang kepada sesi memberikan komen terhadap perniagaan goreng pisang.
Dalam sesi ini, mak cik leha pun cakap lah beberapa perkara yang dirasakan sebagai kekurangan yang ada pada usaha mak cik limah. “ Mah, aku rasa la kalau kau guna pisang yang separuh masak lagi sedap goreng pisau kau. Mesti oran ramai lagi suka!”. Begitu semangat mak cik leha mahu membantu dan menyokong perniagaan Mak Limah. “ ye, betul tu mah. Aku pun rasa macam tu jugak. Sebab kau sekaran guna pisang yang ranum. Lembik. Tak sedap la..” tambah salah seorang orang kampung yang hadir. Tiba-tiba Mak Limah tersenyum seakan-akan sinis lantas berkata, “ korang kalau tak tahu, tak payah cakap banyak la. Jangan nak komen lebih-lebih macam korang tu hebat lagi dari aku. Aku tahu la apa aku buat. Aku siap pergi kursus lagi korang tahu tak?. Herdik Mak Limah kepada mak cik leha dan orang ampung yang menegur. Tak habis kat situ, Mak Limah menambah, “Cara aku adalah cara yang benar! Kalau korang tak setuju, jangan ikut cara aku! Dengan cara tu lah dapat menghasilkan goreng pisang yang sedap. Aku kata sedap, sedap lah!”.
Tergamam mak cik leha dan orang-orang kampung mendengar kata-kata Mak Limah. Hanya ditegur demi kebaikan dia, terus ditolak mentah-mentah. Haaa….sebelum tu, para pembaca kena ingat yang sikap Mak Limah ni adalah suka menegakkan apa yang dia rasa betul dan benar. Begitu lah yang terjadi pada hari bertemu pelanggan ini. Mak Limah yang merasakan segala apa yang dia buat adalah benar, mahu menegakkan tindakan dia. Marah-marah, herdik mengherdik pun tak apa. “ apa aku peduli, aku ni di jalan yang benar. Aku pergi ke kursus lah weyh!” kata hati Mak Limah.

Akhirnya, orang kampung mula merasa muak dengan sikap Mak Limah itu. Ye la, dah dia sahaja yang nak menang. Teguran orang, semua diherdiknya. Maka penduduk kampung mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam perniagaan goreng pisang yang diperjuangkan oleh Mak Limah. Terkontang-kanting Mak Limah sorang-sorang. Padan muka. Ego tinggi sangat.  Tidak ada lagi yang mahu membeli hatta mahu menyinggah ke gerai goreng pisang Mak Limah. Agaknya, apa yang jadi pada perniagaan Mak Limah dan perjuangan Mak Limah? Hancur! Sia-sia! Hampeh! Apa pun tak boleh!

Haa…begitu lah juga dengan relaliti yang aku katakan di permulaan cerita ini. Ada orang yang mahu menegakkan perkara yang dirasakannya benar dan perlu untuk diikuti oleh orang lain. Mereka mahu menyedarkan orang lain yang dikatakan oleh mereka “sedang tidur”. Aku memerhati usaha mereka. Mereka sangat bersemangat. Berbagai usaha mereka lakukan. Sama macam Mak Limah jugak la. 

Namun, dalam pemerhatian aku, mereka seolah-olah terlupa akan ajaran islam. Dalam mencapai sesuatu matlamat, strategi itu perlu. Aku ke yang cakap? Tak, islam yang ajar. Mari usha-usha sejarah islam. Tak payah tengok yang jauh-jauh, tengok cara Nabi Muhammad s.a.w dalam berdakwah cukup ler. Dalam misi menyebarkan syiar Islam, dakwah disampaikan secara berperingkat. Secara diam-diam atau tersembunyi dan kemudian barulah secara terang-terangan. Ada banyak lagi strategi yang Rasulullah guna. Cuba cari balik.
Apa yang lebih menarik, setakat yang aku tahu apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah itu, adalah suruhan dari Allah. Kan? Ke guane? Jadi berbalik kepada strategi-strategi yang digunakan oleh Rasulullah itu datangnya dari Allah yang Maha Mengetahui. Cuba kita bayangkan kejayaan yang kita bakal kecapi sekiranya kita ikut apa yang Allah gariskan. Jadi macam Mak Limah ke atau sebaliknya? Sudah pasti lah jadi sebaliknya. Jadi, cuba kita muhasabah kembali diri mencari kebenaran hakiki dalam apa jua perjuangan. Betul atau pun tidak cara kita. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment